Pemuda UMNO ingatkan Senator MCA

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Senator  Ti Lian Ker bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan sejak zaman kerajaan BN dan selepas ini tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum lain. Beliau berkata, kongres ekonomi bertujuan untuk memberi penambahbaikan kepada ekonomi Bumiputera termasuk Sabah,Sarawak dan Orang Asli  yang mana ini adalah majoriti kaum di negara ini Dalam satu kenyataan melalui Facebooknya, beliau berkata, penambahbaikan ekonomi Bumiputera di dalam negara ini tidak pernah mengambil hak kaum lain malah memberikan kebaikan kepada situasi negara ini…

Read More

Kemusnahan setanding Perang Dunia ke2

GENEVA: Kemusnahan akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu disifatkan setanding kemusnahan bandar-bandar di Jerman ketika Perang Dunia Kedua, kata Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell. Ketika ditemubual stesen penyiar negara Sepanyol, RVTE semalam, Borrell berkata, kempen pengeboman Israel ke atas wilayah terkepung Palestin itu antara paling sengit dalam sejarah. Sehubungan itu Borrell berharap Eropah akan mengambil langkah menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin di kawasan yang diduduki, merujuk Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, yang mana sekurang-kurangnya 271 terbunuh dalam serangan tentera dan peneroka Israel…

Read More

Tindakan Hamas bukan izin ‘hukuman kolektif’

NEW YORK: Tindakan Hamas tidak boleh membenarkan “hukuman kolektif” terhadap rakyat Palestin ketika Israel meneruskan kempen ketenteraan di Gaza, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Beliau menegaskan demikian pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB selepas pertempuran selama berminggu-minggu menyebabkan lebih 17,487 orang terkorban di Gaza. Guterres dan sekumpulan negara Arab berusaha meraih undi untuk gencatan senjata serta-merta, tetapi Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto menentang langkah sedemikian, menjadikannya usul itu tidak mungkin berjaya. “Kira-kira 130 tebusan masih ditahan. Saya menggesa mereka dibebaskan segera tanpa syarat, mendapat…

Read More