AG boleh fail semakan hukuman mati

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Peguam Negara (AG) boleh memfailkan semakan hukuman mati terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribu pada 2006. Menurut peguam, Muhammad Shafee Abdullah, antara mekanisme boleh dipertimbangkan adalah menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) berkuat kuasa 4 Julai lalu yang membenarkan mahkamah melakukan semakan berdasarkan permohonan individu dalam kes terbabit. “(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Saifuddin (Nasution Ismail) kata kita kena tunggu Sirul buat permohonan. Namun cara saya tafsir lain sikit…

Read More

Najib mohon buat PhD dalam penjara

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Peguam, Muhammad Shafee Abdullah menafikan dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak menjalani hukuman dalam penjara. Katanya, Najib sebenarnya ditempatkan di sel penjara yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. “Dia dalam penjara. Penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku bukan?” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube pagi ini dan dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril…

Read More

Pengampunan : Peguam Najib tulis surat peringatan

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Peguam Najib Razak,  Muhammad Shafee Abdullah akan mengutuskan surat kepada Kerajaan Persekutuan sebagai peringatan selepas mendakwa pihaknya belum menerima maklum balas mengenai permohonan pengampunan diraja membabitkan bekas Perdana Menteri itu. Muhammad Shafee menulis surat itu semalam untuk dikirimkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berikutan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) selaku sekretariat kepada Mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah di bawah tanggungjawab Ahli Parlimen Pengerang itu. Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya menghantar surat permohonan pada awal tahun ini, namun…

Read More

2023 tahun paling panas

GENEVA: Tahun 2023 bakal menjadi tahun paling panas yang pernah dicatat, yang memerlukan tindakan segara diambil untuk mengawal pemanasan global dan membendung daripada keadaan memburuk. Pertubuhan Meteorologi Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2023 sudah memecah rekod-rekod iklim, dengan cuaca ekstrim menyebabkan “kemusnahan dan rasa putus asa”. “Paras gas rumah hijau tinggi melepasi rekod. Suhu global juga melepasi rekod. Paras air laut juga melepasi rekod. Ais laut Antartika di bawah rekod,” tegas Ketua WMO Petteri Taalas. WMO menerbitkan laporan Iklim global 2023 sedang para pemimpin dunia berhimpun di…

Read More

Kos rawatan atasi pendapatan

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kerajaan dijangka menanggung kos rawatan kira-kira RM369 juta setahun pada 2030 bagi penyakit rokok elektronik atau kerosakan paru-paru berkaitan penggunaan produk vaping (EVALI) sekiranya tiada kawalan undang-undang dilaksanakan. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata, kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit. Manakala Kementerian Kewangan pula menganggarkan hasil kutipan cukai vape kira-kira RM500 juta setahun. Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata berdasarkan laporan kos langsung…

Read More