Hadi Awang kekal kerusi Marang PUTRAJAYA 15 Nov. – Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan akhir bekas calon Barisan Nasional (BN) atas dakwaan menyogok pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan menolak rayuan pilihan raya yang difailkan Jasmira Othman selaku perayu bagi membatalkan kemenangan Abdul Hadi pada PRU15. “Perayu gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap rayuan. Rayuan ditolak tanpa sebarang kos,” kata hakim Abang Iskandar…
Read MoreDay: November 15, 2023
Tiada tempat selamat untuk 1 juta kanak-kanak
BANDAR GAZA: Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur’ ekoran serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung. Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, beliau melawat Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan kanak-kanak, keluarga mereka dan kakitangan UNICEF. “Apa yang saya lihat dan dengar amat mendukacitakan. Mereka terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal, Di wilayah ini, tiada tempat selamat untuk 1 juta kanak-kanak Gaza,” kata Catherine Russell. Di Gaza katanya, lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh, hampir 9,000 cedera …
Read MoreKetua Armada Bersatu bersedia hadapi tindakan saman
KUALA LUMPUR 16 Nov. ‘ Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengalu-alukan hasrat Farhash Wafa Salvador yang mahu membuat laporan polis berhubung kenyataannya berkaitan ‘ugutan’ terhadap anggota Parlimen untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, Ketua Armada Bersatu Malaysia itu bersedia menghadapi tindakan saman Farhash tetapi mengingatkan beliau supaya tidak menggunakan aparatus kerajaan seperti SPRM atau PDRM untuk menyerangnya. Dalam kenyataannya, Wan Ahmad Fayhsal turut menafikan telah memfitnah Farhash sebaliknya beliau hanya sekadar membacakan satu laporan polis yg dibuat oleh seorang ahli Armada Bersatu Malaysia…
Read MoreJohor warta fatwa 81km jarak dua marhalah
JOHOR BAHRU 15 Nov. – Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mewartakan fatwa 81 kilometer (km) jarak baharu dua marhalah sebagai syarat sah solat jamak dan qasar serta hukum fiqah lain, kata Mufti Johor, Yahya Ahmad Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu mengikut ketetapan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 16 Tahun 2003). “Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48…
Read MoreAwas THiJARI palsu
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH). TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini, menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer , dan hanya melayari alamat laman web yang betul. “THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” menurut hantaran itu. Laman web THiJARI ialah platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada pendeposit untuk pelbagai urusan, termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan…
Read MoreJangka hayat punca aerotrain sering rosak
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Aset yang melebihi jangka hayat 20 tahun, menjadi punca utama kemudahan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sering berdepan masalah kerosakan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata usia pengangkutan yang beroperasi sejak 25 tahun lalu itu menyebabkan prestasi dan fungsi asetnya merosot manakala kebanyakan komponen alat ganti sudah tiada lagi bekalan dalam pasaran. Beliau memberitahu demikian dalam jawapan bertulis Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai punca utama kerosakan kemudahan Aerotrain KLIA, nama syarikat yang bertanggungjawab, dan apa penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah itu, Loke…
Read MorePrabowo nombor 2 dalam senarai Pilpres 2024
JAKARTA: Pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka memperoleh nombor dua dalam kertas undi senarai calon bagi Pemilihan Presiden 2024 (Pilpres 2024) Indonesia Februari depan. Bagi Prabowo, hasil pengundian nombor yang diperoleh kali ini sama dengan nombor pada pemilihan 2019 ketika beliau bergandingan dengan Sandiaga Uno. Manakala nombor satu pula menjadi milik pasangan Anies Rasyid Baswedan-Muhaimin Iskandar dan di tempat ketiga senarai calon Pilpres 2024 ialah pasangan Ganjar Pranowo-Mahfud MD. Nombor giliran berkenaan akan diguna oleh kesemua calon Presiden dan Naib Presiden sepanjang kempen berlangsung sehingga hari pengundian pada 14 Februari 2024…
Read MoreBerita pilihan…
11,320 kematian akibat serangan Israel
GAZA CITY: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 11,320 orang, termasuk 4,650 kanak-kanak dan 3,145 wanita, manakala 29,200 lagi cedera. Menurut kenyataan pejabat media kerajaan semalam sebanyak 3,600 orang lain masih tidak dapat dikesan, termasuk 1,755 kanak-kanak. Pasa masa yang sama, seramai 198 pegawai perubatan, 22 anggota pertahanan awam dan 51 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu. Kenyataan itu juga mendakwa, pencerobohan Israel memaksa 25 hospital dan 52 pusat penjagaan kesihatan tidak beroperasi, manakala 55 ambulans menjadi sasaran tentera Israel. Pejabat media…
Read MoreKenyataan AS beri ‘lampu hijau’
GAZA: Kenyataan Rumah Putih bahawa kumpulan pejuang Hamas mempunyai pusat kawalan di Hospital Al-Shifa di Gaza menjadi ‘lampu hijau’ kepada Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan menyasarkan kemudahan perubatan di wilayah berkenaan. Hamas dalam satu kenyataan berkata, Amerika Syarikat (AS) memikul tanggungjawab secara langsung untuk membolehkan perang genosid Israel ke atas Gaza. “Kenyataan ini memberi ‘lampu hijau’ kepada pendudukan Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan kejam yang menyasarkan hospital, dengan matlamat memusnahkan sistem penjagaan kesihatan Gaza dan memindahkan penduduk Palestin,” kata Hamas. Reaksi itu susulan jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John…
Read More