TANJONG 14 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya undang-undang pelabelan dipinda bagi memastikan pengilang melabelkan dengan jelas jumlah gula dalam makanan dengan bilangan sudu teh gula pada produk itu. Pada masa yang sama, Iklan makanan dan minuman bergula tinggi dan makanan ringan lain di televisyen perlu dihentikan selain melancarkan kempen besar-besaran di media massa bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya diabetes. Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dalam kenyataan sempena Hari Diabetes Sedunia hari ini juga menyarankan kerajaan mengenakan cukai lebih tinggi kepada restoran yang menyajikan makanan segera.…
Read MoreDay: November 14, 2023
Datuk ‘botak’ didakwa ejen pujuk wakil rakyat PN sokong PM
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat seorang individu berpangkat Datuk yang bertanggungjawab memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) untuk beralih arah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) itu berkata, perkara tersebut terbukti menerusi satu video tular yang diterima pihaknya baru-baru ini. “Terdapat satu video menunjukkan identiti seorang lelaki botak yang memainkan peranan untuk menyogok dan mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri ke-10,” katanya. Beliau mendakwa usaha memujuk Ahli Parlimen PN dilakukan…
Read MoreTidak semua perkara berkaitan 3R salah
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Dewan Rakyat diberitahu tidak semua perkara yang disentuh berkaitan isu 3R – agama, institusi diraja dan kaum – adalah satu bentuk kesalahan, selagi ia tidak melanggar mana-mana peruntukan dalam undang-undang. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, selagi 3R itu tidak menyalahi dan tidak melanggar peraturan ditetapkan, maka ia bukan kesalahan . Beliau menjelaskan, fitrah acuan isu 3R adalah sangat luas dan pemakaian garis panduan tertentu hanya membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi batas yang digariskan. “Jika perkara yang menyentuh 3R tidak…
Read More90 peratus kes buli selesai dalam 15 hari
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan setiap aduan mengenai kes buli di sekolah akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penyelesaian kes buli adalah 90 peratus selesai dalam tempoh 15 hari selepas diadu melajui portal Aduan Buli manakala bagi kes yang belum selesai adalah kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari. “Peningkatan ini Yang Berhormat, kalau kita ambil dari segi pendekatan advokasi, akses, maknanya penyebaran tentang akses kita untuk murid dan ibu bapa…
Read MoreLompat sokongan: Laporan polis dakwaan ugutan
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), memaklumkan satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri. Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Armada Bersatu, semalam, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyusul dalam masa terdekat. “Satu…
Read MoreBerita pilihan…
Jokowi desak Biden tamat kekejaman
WASHINGTON: Presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melakukan lebih banyak usaha untuk menamatkan kekejaman di Gaza, seterusnya membantu mewujudkan gencatan senjata. Pemimpin negara majoriti Muslim paling ramai penduduk di dunia itu berkata, gencatan senjata adalah satu kemestian demi kemanusiaan. “Indonesia merayu kepada AS untuk melakukan lebih banyak lagi usaha bagi menghentikan kekejaman di Gaza,” kata Jokowi, ketika melakukan lawatan rasmi ke Rumah Putih semalam (Isnin petang waktu AS) Ahad lalu, Jokowi berkata beliau akan membawa kepada Biden “mesej yang sangat kuat” daripada sidang kemuncak bersama…
Read MorePayung terjun hantar bantuan ke Gaza
WASHINGTON: Payung terjun menjadi “jalan terakhir” penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA).langkah itu bagaimanapun “sangat mencabar”, Ketua OCHA di Palestin yang diduduki Andrea De Domenico berkata selain sangat mencabar ia juga memerlukan kos yang agak tinggi dan tidak mampan namun itu pilihan terakhir yang ada sekarang. Justeru itu, De Domenico amat berharap pihak-pihak yang berkaitan bersetuju untuk menyediakan akses tanpa halangan dan berterusan. Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah (EU) dan PBB…
Read More