KUALA LUMPUR 13 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui menggunakan DAP untuk menjatuhkan Najib Razak dan pada masa yang sama menyedari DAP juga menggunakannya atas matlamat yang sama. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tanpa ‘bantuan’ serta majoriti daripada DAP, ia bermakna Najib akan terus menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. “Kita tentukan matlamat, kita nak capai sesuatu matlamat. Jadi, apabila kita berjuang “the enemy of your enemy is your friend” (musuh kepada musuh anda adalah rakan anda) Jika saya tidak menggunakan DAP, kita tidak…
Read MoreDay: November 13, 2023
Anwar pernah gagal tangani krisis kewangan
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Anwar Ibrahim tidak mampu menangani masalah termasuk krisis kewangan yang dihadapi negara pada tahun 90-an ketika diberi peluang menjadi pemangku Perdana Menteri sewaktu beliau bercuti. Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar ketika itu seolah-olah tidak faham dengan masalah yang sedang dihadapi negara, sekali gus tidak dapat mengenal pasti cara menyelesaikan masalah berkenaan. “Anwar ketika itu suka menurut apa yang dinasihatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Jadi saya berpendapat, saya tidak boleh meneruskan cuti. Saya balik, “ katanya pada program…
Read MoreLangkah Sheraton halang Anwar jadi PM lebih awal
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Mahathir Mohamad menjelaskan niatnya untuk memberi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak kesampaian selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh. Katanya, beliau sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan. “Saya sudah janji dan saya akan tunaikan janji. Apabila saya bersama dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka pilih saya untuk jadi calon Perdana Menteri. Tapi mereka juga tentukan saya jadi Perdana Menteri…
Read MoreBekas Panglima ATM calon BN di Kemaman
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Barisan Nasional (BN) menurunkan calon langsung pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dengan menamakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan meletakkan bekas Panglima ATM berusia 65 tahun itu dipersetujui pimpinan Dewan Tertinggi BN serta pemimpin akar umbi BN di Parlimen Kemaman. “Dewan Tertinggi BN dan kepemimpinan UMNO dan pengerusi perhubungan sudah membuat kesepakatan bahawa pada kali ini kita akan mengemukakan tokoh luar daripada kepemimpinan UMNO untuk diketengahkan sebagai…
Read MoreBerita pilihan…
Gaza: Fatwa, surat MER-C Indonesia
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia dalam fatwanya menggesa umat Islam di negara itu mengelak sebarang transaksi dan juga penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel. Pengerusi bahagian fatwanya, Asrorun Niam Sholeh berkata, menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap ‘haram’ (dilarang/haram). Dalam satu kenyataannya, beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan. Fatwa itu mencadangkan agar umat Islam menyokong perjuangan Palestin…
Read MoreIndonesia antara negara diberi mandat
RIYADH: Indonesia merupakan salah satu negara yang diberi mandat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memulakan tindakan bagi pihak OIC dan Liga Arab untuk menghentikan peperangan di Gaza. Menurut laporan media, pemimpin OIC juga bersetuju ke atas satu ketetapan selepas persidangan pada Sabtu di Riyadh, untuk memberi mandat kepada Arab Saudi, Jordan, Mesir, Qatar, Turkiye dan Nigeria untuk membantu memulakan proses politik untuk mencapai perdamaian antara Israel dan Palestin. Selain mengecam kekejaman Israel di Gaza, pemimpin OIC turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak mengeluarkan ketetapan supaya keganasan…
Read More