Bantuan ke Gaza ditingkatkan

BAITULMAQDIS: Israel akan membenarkan peningkatan bantuan ke Gaza dalam tempoh beberapa hari akan datang dan menyeru orang awam Palestin menuju ke kawasan yang disifatkannya sebagai zon “kemanusiaan” di selatan wilayah Palestin. “Dalam minggu akan datang kami merancang untuk meningkatkan secara mendadak jumlah bantuan” menuju ke Gaza dari Mesir, kata Agensi Kementerian Pertahanan Israel. Menurut laporan media, Israel sudah menetapkan zon kemanusiaan di selatan Semenanjung Gaza di kawasan Khan Younis. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad (29 Okt) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza mula porak-peranda, selepas beribu-ribu penduduk…

Read More

WHO bimbang amaran kosong hospital

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberitahu Bulan Sabit Merah Palestin menerima amaran daripada pihak berkuasa Israel untuk segera mengosongkan hospital al-Quds di Semenanjung Gaza. Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di media sosial X, berkata laporan Bulan Sabit Merah Palestin mengenai ancaman pemindahan membabitkan hospital Al-Quds di Gaza amat membimbangkan. “Kami mengulangi bahawa adalah mustahil untuk mengosongkan hospital yang penuh dengan pesakit tanpa membahayakan nyawa mereka.” Beliau juga pada masa yang sama berkata lebih banyak bantuan kesihatan diperlukan dan merayu gencatan senjata kemanusiaan disegerakan serta melindungi kemudahan kesihatan serta…

Read More

Anwar di Singapura hadir pemukiman

SINGAPURA 29 Okt. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di sini, malam ini untuk lawatan kerja selama dua hari sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10. Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pukul 10 malam. Ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Luar republik itu, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon. Turut hadir Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Azfar Mohamad Mustafar. Anwar berada di sini pada Januari tahun ini untuk lawatan rasmi…

Read More

PBB akui keadaan di Gaza semakin teruk

KATHMANDU: Keadaan di Gaza semakin teruk Israel ketika Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru beliau mengulangi rayuan gencatan senjata bagi menamatkan “mimpi ngeri” pertumpahan darah. “Keadaan di Gaza semakin terdesak dari semasa ke semasa. Saya kesal kerana jeda kemanusiaan yang disokong oleh masyarakat antarabangsa amat diperlukan namun Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya,” kata Guterres. Beliau yang dalam lawatan ke ibu kota Nepal, Kathmandu berkata, jumlah orang awam yang terbunuh dan cedera sama sekali tidak boleh diterima. Selepas beberapa minggu melakukan pengeboman di…

Read More

Simpanan SSPN deposit RM15.94 bilion

KUALA LUMPUR 29 Okt. –  Setakat September lalu, Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang dikendalikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima deposit RM15.94 bilion dengan 6.11 juta akaun. Pengerusi PTPTN,  Norliza Abdul Rahim, berkata pihaknya komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 dan sambutan Hari…

Read More

Palestin : Pas kurang selesa tindakan 12 wakil rakyat PKR

KUALA LUMPUR : Pas kurang selesa tindakan 12 wakil rakyat PKR menggunakan terma seperti dendam, kebencian dan keganasan sebagai asas kebimbangan dan bantahan terhadap program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pengajian awam anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, kumpulan wakil rakyat terbabit perlu lebih berhati-hati dalam isu ini. Katanya, mereka tidak boleh dilihat cuba memberi gambaran salah tentang perjuangan rakyat Palestin atau dilihat secara halus menggunakan gambaran itu untuk mensabotaj usaha baik KPM mendedahkan para pelajar kepada konflik di rantau terbabit dan juga…

Read More

PMX lancar buku Anwar Triumphs

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Selepas kisahnya difilemkan melalui Anwar: The Untold Story, Anwar Ibrahim hari ini meluncurkan buku ‘Anwar Triumphs’ yang menukilkan kisah suka dan dukanya sejak era mahasiswa sehingga kini. Buku setebal 195 muka mengandungi 12 bab itu ditulis oleh peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell. Majlis peluncuran berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini yang turut dihadiri Trowell dan isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang turut memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Buku itu turut menceritakan mengenai pengkhianatan politik yang dialami Perdana Menteri…

Read More

Hanya satu sudu gula di medan selera Putrajaya

PUTRAJAYA 29 Okt. –  Hanya satu sudu gula bagi minuman yang dipesan di medan selera Putrajaya. Itu antara inisiatif menerusi Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi menyebar luas mesej dan kesan gula terhadap kesihatan. Menteri Kesihatan , Dr Zaliha Mustafa, berkata pelan yang merangkumi ‘Kempen Kurangkan Gula’ itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kesan gula berlebihan, sekali gus mengawal pengambilannya. Katanya, pelan itu turut merangkumi kempen kurangkan gula dalam kalangan pengusaha gerai minuman di medan selera di Putrajaya. “Saya difahamkan pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya bersetuju melaksanakan penggunaan satu…

Read More