KUALA LUMPUR 27 Okt. – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diberi surat tunjuk sebab susulan kenyataannya yang melanggar peraturan dan disiplin parti yang diwakilinya, Bersatu. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Lembaga Disiplin parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Iskandar Dzulkarnainmengikut perlembagaan parti. “Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang diadakan malam tadi antara lain membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. “Lembaga Disiplin parti sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain sebelum sebarang tindakan diambil ke atas beliau mengikut perlembagaan…
Read MoreDay: October 27, 2023
Hanya satu petisyen bantahan di DUN Selangor
SHAH ALAM 27 Okt. – Hanya satu petisyen bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) dikemukakan, membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Pakatan Harapan (PH) pula tidak meneruskan petisyen terhadap tiga keputusan PRN bagi DUN Taman Medan, Sungai Kandis dan Dengkil. Amirudin yang juga Pengerusi PH negeri berkata beliau akan menyemak keputusan itu dengan pihak guaman PKR yang ditentukan melalui Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) parti. “Petisyen bagi Gombak Setia sudah dihantar, yang lain (tiga DUN) dalam…
Read MoreSultan Johor YDP Agong ke-17
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial dalam kenyataan berkata pemilihan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara hari ini. Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan. Syed Danial berkata, Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. Mesyuarat Khas…
Read MoreBerita pilihan…
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
MELAKA 27 Okt. – Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15. Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN)…
Read MoreMesyuarat khas pilih Agong, timbalan
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-263 (Khas) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Mesyuarat yang bermula pukul 10.10 pagi itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Raja-Raja Melayu, kecuali Kelantan dan Perlis. Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar…
Read MorePM terima kunjungan Jusuf Kalla
PUTRAJAYA 27 Okt. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. Anwar berkata, mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla. “Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti ilmu dan keagamaan. “Ia juga seiring peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),” katanya…
Read More