Pas perlu kuasai ‘pasaran baharu’ politik

SHAH ALAM 22 Okt. –  Pas perlu menguasai ‘pasaran’ baharu politik yang selama ini hampir seratus peratus tertumpu dalam pasaran tradisi termasuk surau, masjid dan sekolah agama, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu berkata, parti perlu melangkah ke pagar sebelah, kiri dan kanan untuk menjadi medan baharu dan perlu mempelbagaikan langkah politik supaya tidak terkurung dalam politik tradisi Pas.

Katanya, Pilihan Raya Umum Ke-16 terletak di bahu Pas, justeru parti mesti merangka gerak kerja di semua negeri ke peringkat seterusnya bagi menguasai sekurang-kurangnya sebuah negeri lagi sama ada Perak atau Pahang.

“Kalau dapat dua-dua lagi bagus, selain tingkatkan lagi jumlah kerusi Pas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya semasa sesi penggulungan Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Pas ketika ini menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sementara parti juga menunjukkan prestasi yang baik di Pahang dan Perak.

Muhammad Sanusi juga sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Pas sebagai parti terbesar yang memiliki kerusi Parlimen dan DUN, hari ini, berupaya menjadi ‘King Maker’ dalam semua keputusan serta gerakan dalam politik Malaysia.

“Di bawah kepemimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang, Pas berada di arus perdana politik Malaysia dan ‘King Maker’, dan ada banyak lagi langkah politik yang perlu diambil, salah satunya ialah pendekatan yang tidak membosankan bagi menakluki pengundi muda,” katanya.

Muhammad Sanusi juga mengingatkan kepemimpinan Pas di kawasan supaya tidak bertelingkah termasuk dengan pergerakan pusat khidmat wakil rakyat dengan membuat penyesuaian semula supaya tidak bertembung sesama sendiri.

Katanya, selepas menang pilihan raya, wakil rakyat Pas tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam mengatur langkah, sebaliknya perlu bergerak bersama khususnya membabitkan kerja di lapangan.

Mengenai persempadanan kawasan pilihan raya yang dilaksanakan pihak bertanggungjawab setiap 10 tahun, beliau juga berharap perkara itu dapat diberi perhatian supaya ia tidak memberi kelebihan kepada parti lawan. Maker’, dan ada banyak lagi langkah politik yang perlu diambil, salah satunya ialah pendekatan yang tidak membosankan bagi menakluki pengundi muda,” katanya.

Muhammad Sanusi juga mengingatkan kepemimpinan Pas di kawasan supaya tidak bertelingkah termasuk dengan pergerakan pusat khidmat wakil rakyat dengan membuat penyesuaian semula supaya tidak bertembung sesama sendiri.

Katanya, selepas menang pilihan raya, wakil rakyat Pas tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam mengatur langkah, sebaliknya perlu bergerak bersama khususnya membabitkan kerja di lapangan.

Mengenai persempadanan kawasan pilihan raya yang dilaksanakan pihak bertanggungjawab setiap 10 tahun, beliau juga berharap perkara itu dapat diberi perhatian supaya ia tidak memberi kelebihan kepada parti lawan.

(Foto Fb Pas)

Related posts

Leave a Comment