364 pilih pakej istimewa umrah RM4,990 Andalusia

SEPANG: Dengan hanya RM4,990, sebanyak 364 jemaah berpeluang mengerjakan umrah dengan kemudahan semasa yang ditawarkan syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia). Pakej Istimewa@Khas Umrah itu ditawarkan pada bulan ini (Oktober) dengan 183 jemaah telah selamat berlepas ke Makkah pada Jumaat lalu manakala kumpulan kedua terdiri daripada 181 jemaah berlepas awal pagi tadi. Menurut Pengerusi merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, tawaran itu diperkenalkan bagi membantu jemaah yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan tidak mampu mengerjakan umrah dengan harga semasa. Katanya, pakej itu juga…

Read More

Siap siaga hantar pasukan pengaman ke Palestin

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersiap siaga untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Palestin jika Kementerian Luar membuat keputusan mengenai perkara itu, kata Menterinya Mohamad Hasan. Beliau berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan segera antaranya bagi tujuan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan. Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin. “Keputusan menghantar tentera…

Read More

2.7 juta pekerja asing dalam negara

KUALA LUMPUR 31 Okt. –  Dewan Rakyat hari ini diberitahu setakat 30 September lalu, unjuran jumlah keseluruhan pekerja asing dalam negara adalah lebih 2.7 juta atau 2,730,153 orang. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, jumlah itu merangkumi lebih 1.8 juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan lebih 150,000 pekerja asing yang belum memasuki Malaysia. Menurutnya, jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 pula adalah seramai 747,167 orang. Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan jumlah pekerja…

Read More

Hamas: Malaysia terima tiga notis daripada Kedutaan AS

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) susulan keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, notis rasmi yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu manakala satu lagi notis rasmi yang dihantar terus kepada duta besar Malaysia di Washington. “Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat, Kementerian Luar menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak dua kali…

Read More

Palestin: Rakyat diajak amati semula proses kemerdekaan negara

KUALA LUMPUR 31 Okt. –  Rakyat diingatkan supaya tidak menjadikan isu pendirian dan sokongan umat Islam terhadap perjuangan Palestin yang ditindas Israel, memecahbelahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membuat ingatan itu berkata, isu Palestin sangat dekat di hati umat Islam dan berharap semua pihak yang berlainan agama tidak melihat situasi getir menimpa rakyat negara itu sebagai isu agama semata-mata, sebaliknya ia lebih daripada itu. Justeru , beliau meminta semua pihak mengimbau dan mengamati semula proses mengecapi kemerdekaan negara termasuk kesusahan rakyat…

Read More

Boikot: Malaysia tunggu maklumat rakan APEC

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Malaysia sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China untuk mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada bulan depan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, maklumat yang diperoleh kelak membolehkan Malaysia mengambil keputusan seiring dengan ketetapan negara berkenaan. “Jadi kita hubungi dengan negara Asia, China (untuk tahu) tentang kedudukan mereka. Kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan lain dan Asia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri…

Read More

PLKN dilaksanakan menerusi dua fasa

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dihidupkan semula selepas dimansuhkan pada 2018 akan diadakan menerusi dua fasa, kata Menteri Pertahanan,  Mohamad Hasan. Beliau berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap. Bagi pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan mereka membuat persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah . “Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini,…

Read More

Agong: Dewan Rakyat ucap tahniah pemilihan Sultan Johor

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendapat kesejahteraan dengan pemilihan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari depan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata Sultan Ibrahim seorang raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara. “Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya berkeyakinan dengan pemerintahan Tuanku kelak dan Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran berpanjangan. “Sembah takzim daripada saya dan seluruh ahli Dewan yang mulia ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari…

Read More

Hujan lebat sehingga banjir

PUTRAJAYA 31 Okt. – Walaupun masih berada dalam Fasa Peralihan Monsun, negara kini  sudah mengalami cuaca tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga banjir di beberapa kawasan. Justeru Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, musim tengkujuh yang dikaitkan dengan banjir lazimnya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya. Menurut MetMalaysia, ketika ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang. “Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu…

Read More