Hujan lebat sehingga banjir

PUTRAJAYA 31 Okt. – Walaupun masih berada dalam Fasa Peralihan Monsun, negara kini  sudah mengalami cuaca tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga banjir di beberapa kawasan.

Justeru Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, musim tengkujuh yang dikaitkan dengan banjir lazimnya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya.

Menurut MetMalaysia, ketika ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung,” katanya.

Related posts

Leave a Comment