Putra tolak dua kerakyatan, tidak perlu kaji

SEPANG 29 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) secara tegas menolak cadangan melaksanakan dasar dua kerakyatan susulan jawapan pertanyaan dalam sesi dialog di New York bersama Anwar Ibrahim baru-baru ini. Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti Putra Zarina Zainal Abidin berkata, Kementerian Dalam Negeri dan Luar Negeri juga tidak perlu melakukan kajian cadangan itu seperti disarankan oleh Perdana Menteri. Justeru, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra itu menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan berkenaan. “Sesungguhnya, jawapan tersebut (cadangan dua kerakyatan) untuk meraih populariti dan terlalu…

Read More

10 kawasan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 29 Sept . –  Sebanyak 10 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 3 petang, hari ini. Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaannya 154, diikuti di Kuala Selangor (Selangor) 153, sementara di Petaling Jaya, Selangor dan Batu Muda (Kuala Lumpur) masing-masing merekodkan IPU 152. Dua lagi kawasan di Selangor yang turut dilanda jerebu adalah Shah…

Read More

Lima jawatan utama Pas menang tanpa bertanding

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Lima jawatan tertinggi Pas dimenangi tanpa bertanding apabila tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk mencabar kedudukan penyandang presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden menarik diri. “Saya baharu menerima pengesahan seorang calon (naib presiden) menarik diri iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Jadi untuk jawatan naib presiden tiada apa-apa pertandingan. “Ini bermakna barisan naib presiden sedia…

Read More

2.5 juta dijangka terima bayaran tambahan

SINGAPURA 29 Sept. – Sebanyak 2.5 juta rakyat Singapura akan menerima bayaran tunai tambahan sehingga $200 pada Disember ini, iaitu tambahan daripada bayaran tunai Pakej Jaminan (AP) yang diumumkan semasa Belanjawan 2023. Bayaran ini adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Kos Sara Hidup sebanyak $1.1 bilion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri,  Lawrence Wong, semalam. Secara keseluruhan, di bawah pakej itu, isi rumah Singapura yang mempunyai pendapatan dinilai (AI) tidak melebihi $34,000, boleh mendapat bayaran tunai sehingga $800 pada Disember 2023. Menurut Wong, langkah itu adalah senahagian daripada usaha kerajaan membantu…

Read More

Rampasan dadah terbesar di Thailand

BANGKOK 29 Sept. –  Polis Thailand merampas lebih 15 juta pil methamphetamine dan produk haram lain bernilai 300 juta baht (RM38.42juta) yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu tangkapan dadah terbesar setakat tahun ini. Rampasan termasuk 420 kilogram dadah kristal methamphetamine serta heroin itu dilakukan di sebuah rumah di wilayah Nakhon Pathom, utara ibu kota Bangkok. Menurut Menteri Keadilan Tawee Sodsong, susulan rampasan itu, polis menahan empat orang yang dikaitkan dengan kes itu. “Ini adalah salah satu tempat penyimpanan dadah terbesar di tengah Thailand yang berada di kawasan komuniti,” kata…

Read More