Bekalan beras tempatan stabil sebulan lagi

KEPALA BATAS 20 Sept. –  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras tempatan kembali stabil sebulan lagi, kata Menterinya, Mohamad Sabu. Berikutan itu, katanya, ketika masalah kekurangan yang berlaku sedang diatasi rakyat diminta tidak membuat pembelian panik kerana khuatir bekalan beras tempatan tiada di pasaran. “Harga beras tempatan dalam kawalan (pihak kerajaan) dan setakat ini pihak pemborong dan pengilang memberi kerjasama untuk mencukupkan bekalan dalam pasaran. Seperti saya sebut dalam Parlimen, kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) padinya sedang dituai dengan mencapai 20 peratus dan selepas ini ia akan…

Read More

150 pemimpin dunia berkumpul di UNGA

NEW YORK: Lebih 150 pemimpin dunia berkumpul di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 tanpa kehadiran empat pemimpin daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu. Presiden Russia Vladimir Putin, rakan sejawatnya dari China Xi Jinping, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak tidak hadir pada perhimpunan selama seminggu itu. UNGA,  badan pembuat dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ,pada tahun ini, sekali lagi menumpukan isu seperti krisis makanan global, kenaikan harga makanan, pemanasan global dan konflik Ukraine-Russia. Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva adalah…

Read More

Bangunkan 100 tapak bersejarah Makkah, Madinah

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang membangunkan lebih 100 tapak bersejarah di Makkah dan Madinah dalam usaha menambah pengalaman jemaah haji dan umrah selaras Wawasan Saudi 2030. Menurut laporan media Arab Saudi, pembangunan menerusi Program Doyof Al-Rahman (Tetamu Yang Maha Pengasih) itu akan dilaksanakan dengan kerjasama 70 entiti awam, swasta dan pertubuhan bukan keuntungan. Menteri berkenaan, Dr Tawfiq Al-Rabiah, berkata program itu berperanan menjadikan pengalaman di Makkah dan Madinah sebagai bernilai dan tidak dapat dilupakan jemaah. “Kementerian dengan penyelarasan dan kerjasama dengan rakan kongsi daripada beberapa agensi akan…

Read More