Penjelasan awal elak pelbagai tafsiran

IPOH: MCA berpuas hati dengan penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan memaksa golongan bukan Islam menghafal atau mendalami modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Perdana Menteri telah menghurai dan menerangkan apa maksud sebenar tentang modul itu dan semalam juga kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang ia lebih jelas. “Penjelasan Perdana Menteri dan kenyataan yang menjelaskan berhubungnya dikeluarkan oleh KPM hanya pada petang semalam, tetapi perkara (isu) ini sudah timbul sejak beberapa hari lalu. Jadi…

Read More

Jangan pertikai modul suburkan Islam

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan supaya tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan usaha untuk menyuburkan agama Islam di sekolah termasuk program Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Ketua pergerakan itu, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, program di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu tidak langsung memaksa pelajar bukan Islam untuk mempelajarinya. Dr Muhamad Akmal berkata, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan cara hidup majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, bukan hanya ritual keagamaan saja. “Menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar…

Read More

BN yakin calon PH Pulai menang mudah

JOHOR BAHRU 26 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili gabungan PH-BN mampu menang dengan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai pada 9 September nanti. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu, selain jalinan hubungan sedia ada antara kepemimpinan UMNO di bahagian berkenaan dengan akar umbi PH. “Untuk Pulai, saya mempunyai keyakinan kuat (mampu menang) kerana Ketua UMNO Bahagian…

Read More

PRK: Tiga penjuru di Pulai, Simpang Jeram

JOHOR BAHRU 26 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini, bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas. Bagi Parlimen Pulai, calon-calonnya terdiri daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat dari PH, Zulkifli Jaafar dari PN dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kunci. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus mengumumkan pencalonan itu pada pukul 10.20 pagi. Di MUAR, tiga calon yang diumumkan layak…

Read More

Denmark mahu larang bakar al-Quran

COPENHAGEN : Denmark bercadang melarang pembakaran al-Quran selepas rentetan penghinaan terhadap kitab suci Islam di negara Scandinavia itu mencetuskan kemarahan negara Islam. Menteri Undang-Undang, Peter Hummelgaard, berkata,  rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan yang akan melarang perlakuan tidak sesuai terhadap objek mempunyai kepentingan agama yang penting kepada komuniti. Beliau berkata, perundangan itu ditujukan terutamanya kepada sebarang bentuk pembakaran dan kerosakan di tempat awam. Hummelgaard berkata, pembakaran al-Quran adalah tindakan yang pada asasnya menghina dan tidak bersimpati sehingga boleh memudaratkan Denmark dan kepentingannya. Perundangan baru itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun…

Read More

China haram import makanan laut Jepun

BEIJING: China mengharamkan semua import makanan laut dari Jepun sebagai  tindak balas terhadap langkah Jepun melepaskan air radioaktif yang sudah dirawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos lalu. Walaupun Jepun menegaskan bahawa operasi tersebut selamat untuk dijalankan, namun dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan China menegaskan pelepasan air tersebut adalah “tindakan yang sangat mementingkan diri sendiri. Menurut China, langkah itu sebagai “tidak bertanggungjawab”, yang akan “menolak risiko kepada seluruh dunia dan memberi kesusahan kepada generasi akan datang. Untuk rekod, China adalah pembeli terbesar makanan laut dari…

Read More