Calon Muda DUN Repah tarik diri

SEREMBAN 28 Julai –  Menjelang hari penamaan calon esok, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memaklumkan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Ishak tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada 12 Ogos ini. Menurut Jawatankuasa Pilihan Raya Muda, Muhammad Noriswan mengambil keputusan menarik diri atas sebab peribadi. “Selepas berbincang, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi. “Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini. Berikutan penarikan diri itu, hanya…

Read More

PN menang 5-1 hanya angan-angan

DUNGUN 28 Julai – Ramalan Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) hanya sekadar ‘angan-angan’. Itu reaksi balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peluang PN pada PRN 12 Ogos ini. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebaliknya yakin gabungan di antara PH dan Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kejutan. “Dia rasa mereka (PN) akan menang 5-1. Itu jangkaan dia. Masa dia bertanding di Langkawi dulu (Pilihan Raya Umum Ke-15), dia kata boleh menang besar. “Tapi bila keluar keputusan,…

Read More

PRN : Muda kumpul RM854,350.82

KUALA LUMPUR 28 Julai –  Inisiatif Muda Hustle bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berjaya mengumpul sejumlah RM854,350.82 membabitkan seramai 4,396 individu, kata Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abd Rahman. Purata sumbangan adalah sebanyak RM194.35 setiap orang dan ia bermula serendah RM5 dengan sasaran pengumpulan keseluruhan bagi MUDA Hustle adalah sebanyak RM1.5 juta, iaitu bagi kos anggaran kempen PRN. Syed Saddiq, melancarkan inisiatif Muda Hustle pada 4 Julai lalu di mana ia dilakukan 100 peratus secara maya menerusi platform media sosial, bermula dengan penjualan otak-otak Muar secara dalam talian diikuti…

Read More

Azmin bergantung jentera Pas

SHAH ALAM 28 Julai – Lebih separuh kekuatan jentera Mohamed Azmin Ali sudah hilang selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu meninggalkan PKR, kata Naib Presiden PKR, Amirudin Shari. Beliau berkata, Mohamed Azmin Ali kini hanya bergantung kepada jentera Pas untuk berkempen selepas lebih 70 peratus daripada jentera yang ada dalam pasukannya sebelum ini sudah tiada. “Selepas tewas (Parlimen Gombak), saya jangkakan dengan beberapa isu setempat beliau (Azmin) sudah hampir hilang keseluruhan jentera di bawah pimpinannya di Gombak. “Jadi sekarang (Azmin) hanya bergantung dengan jentera Pas,” katanya pada majlis pelancaran…

Read More

Dr M ramal PN menang 5 – 1

LANGKAWI 28 Julai – Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin menang mudah 5-1 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, 12 Ogos ini. Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan parti Pas, Bersatu dan Gerakan itu pimpinan mempunyai harapan cerah menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. “Saya berpendapat PN mempunyai potensi baik iaitu mereka mungkin menang semua negeri di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu), selain di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. “Cuma mereka (PN) tidak boleh tembusi di Pulau…

Read More

Satees keluar DAP tanding Bebas

BAGAN 29 Julai –  Menjelang hari penamaan calon esok, seorang lagi pemimpin DAP di negeri ini mengumumkan keluar parti itu dan mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. M Satees, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam akan mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum lalu. Keputusan Satees itu menyusul 24 jam selepas bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), David Marshel mengambil tindakan sama dan bakal bertanding atas tiket Bebas di DUN Prai. Bercakap pada sidang media hari…

Read More

Calon Gerakan Pulau Pinang

Calon-Calon Perikatan Nasional-GERAKAN Pilihanraya Negeri Pulau Pinang 国盟民政党候选人 N13 Berapit – Lee Kok Keong 李国强 N14 Machang Bubuk – Tan Hum Wei 陈奂维 N16 Perai – R. Sivasuntaram 西瓦孙达南 N17 Bukit Tengah – Baljit Singh A/L Jigiri Singh 峇日星 N18 Bukit Tambun – Tan Gia Wei 陈家伟 N22 Tanjung Bunga – Hng Chee Wey 方志伟 N23 Air Putih – Ivan Kong Cheng Ann 江承鴳 N24 Kebun Bunga – Tan Zhen Zune 陈政翀 N25 Pulau Tikus – Tang Ching Sern 邓振胜 N26 Padang Kota – H’ng Khoon Leng 方群龙 N27 Pengkalan…

Read More