Kiswah baharu dipasang

RIYADH: Menjelang tahun baharu hijrah 1445, para petugas di Masjidilharam mula menggantikan kain Kaabah atau kiswah.

Proses penggantian bermula selepas Isyak 18 Julai di mana pasukan khas dari Pentadbiran Am Kompleks Raja Abdulaziz ditugaskan untuk menurunkan Kiswah lama dan memasang yang baharu.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas, dan 100 kg benang perak.

Ia yang berwarna hitam dan ditenun dengan benang emas menutupi bahagian luar Kaabah.

Lebih 100 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah untuk menghasilkan 56 keping Kiswah sulaman tangan, dan setiap keping mengambil tempoh antara 60 hingga 120 hari untuk menyulam.

Related posts

Leave a Comment