Pengundi muda tertinggi di Selangor

SEPANG 6 Julai – Selangor merekodkan 274,194 pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun, jumlah paling ramai berbanding di negeri lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan kumpulan pengundi muda bagi had umur itu kedua tertinggi ialah Kedah iaitu 104,284 pengundi.

Ini diikuti Kelantan sebanyak 96,513, Pulau Pinang 67,633, Terengganu 64,264 dan Negeri Sembilan (55,017) menjadikan jumlah keseluruhan pengundi kumpulan itu seramai 661,905 orang.

Selangor juga menjadi negeri yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar tertinggi iaitu 3,747,057 orang diikuti Kedah dan Kelantan masing-masing 1,585,085 dan 1,411,912 orang.

Bagi kumpulan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas pula, seramai 28,991 layak mengundi dengan Selangor mempunyai 8,638 orang, diikuti Pulau Pinang (6,152), dan Kedah (4,799).

Sementara itu, daftar pemilih sama menunjukkan pengundi berusia 21 hingga 29 tahun menjadi kumpulan paling ramai di keenam-enam negeri berkenaan dengan 2,169,120 pengundi, diikuti pengundi berusia 30 hingga 39 tahun 2,163,982 orang.

Related posts

Leave a Comment