PM sedia disiasat jika terlibat rasuah

PERMATANG PAUH 30 Jun –  Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama, termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didapati terlibat dalam kes rasuah. Perdana Menteri berkata , selama tujuh bulan diberikan amanah mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya. “Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa),” katanya ketika berucap pada kenduri korban dan solat Jumaat di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, dekat sini, hari ini. Anwar turut mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam…

Read More

Bakar Quran: Malaysia gesa Sweden bertindak

KUALA LUMPUR 30 Jun – Malaysia menyeru Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, yang merupakan jenayah kebencian dan pelaku harus dipertanggungjawabkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Kerajaan Perpaduan amat bimbang dan marah dengan keputusan berulang untuk membenarkan tindakan keji itu atas nama kebebasan bersuara dan bahawa negara berdiri dalam solidariti dengan komuniti yang terjejas. “Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji itu di luar sebuah masjid di Stockholm pada sambutan Aidiladha iaitu pada hari kegembiraan, perayaan dan…

Read More

Kukuhkan hubungan dua hala

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah. Seri Paduka menzahirkan harapan itu pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. “Pada majlis yang berlangsung selama satu jam itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera…

Read More