KUALA LUMPUR: UMNO meluluskan usul pindaan perlembagaan parti yang membabitkan Fasal 5, Fasal 10 dan Fasal 18 yang antara lain termasuk memudahkan permohonan keahlian. Pindaan yang dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mendapat sokongan sebulat suara perwakilan yang hadir. Beliau berkata, Fasal 5 adalah peruntukan mengenai pendaftaran keahlian yang mempunyai 12 perkara dengan sebahagian besar peruntukan bersifat pentadbiran atau `administratif’ yang berkaitan dengan proses permohonan menjadi ahli UMNO. Katanya, melalui pindaan terbabit, semua perkara yang berkaitan dengan keahlian UMNO selepas ini akan dipindahkan ke dalam satu peraturan…
Read MoreDay: June 9, 2023
UMNO cadang SEGiM, Pelan Felda 5.0, segerakan HSR
KUALA LUMPUR 9 Jun – Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dan Pelan Felda 5.0 antara lima cadangan dikemukakan UMNO dalam usaha menangani keresahan rakyat berhubung pembangunan ekonomi di negara ini. Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, SEGiM bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig serta menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi itu bermula daripada peringkat penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna. Beliau berkata, sektor ini kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), tambahan pula lebih 80 peratus daripada…
Read More“Bossku” : UMNO mahu keadilan
KUALA LUMPUR 9 Jun – Laungan “Bossku” bergema di Dewan Merdeka selepas Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) hari ini. Beliau menegaskan UMNO mahukan keadilan buat Datuk Seri Najib Razak dan menyatakan bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendoakan dan mengharapkan Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Kita berikan semangat walaupun beliau tidak ada bersama kita secara fizikal, jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. “Semangat beliau tetap bersama dengan kita. Kita berikan…
Read MoreUMNO bukan ‘mengkarung politik’ – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 9 Jun – UMNO bukan ‘mengkarung’ politik sehingga sanggup menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera semata-mata demi kerjasama politik, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan institusi Raja-Raja Melayu. Ini berbeza dengan golongan yang sanggup memperdagangkan ayat Allah dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka. “Mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah, tetapi lebih dahsyat parti ini seolah-olah menjadi pemegang neraca di ‘yaumul mahsyar’…Nauzubillah,” katanya…
Read MoreKeahlian UMNO catat peningkatan
KUALA LUMPUR 9 Jun – Pertambahan 13,442 ahli baharu UMNO, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menunjukkan UMNO terus mendapat sokongan dan ramai ingin menyertai parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, sehingga 6 Jun lalu, parti itu mencatatkan seramai 3.44 juta ahli, merangkumi 22,125 cawangan dari 191 bahagian di seluruh negara. “Daripada jumlah keahlian baharu yang mendaftar pada tahun ini, sebanyak 8,876 orang atau 66 peratus adalah mereka yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun. Saya mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO atas pertambahan keahlian…
Read MoreAnwar kembali di pentas PAU selepas 25 tahun
KUALA LUMPUR 9 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 hari ini, mencatat sejarah dengan ‘kehadiran semula’ Anwar Ibrahim, di pentas Dewan Merdeka selepas 25 tahun dipecat daripada parti itu. Kali terakhir Perdana Menteri berada di situ dan berucap adalah pada PAU 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, bangunan itu yang menempatkan ibu pejabat parti adalah asing baginya untuk dikunjungi. Hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yang juga Presiden PKR itu hadir ke PAU 2023, yang berlangsung di Pusat Dagangan…
Read More