Solat hajat susulan cuaca panas

KUALA LUMPUR 31 Mei – Masjid dan surau seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta melaksanakan solat hajat esok (Khamis) bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikutan cuaca panas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan hari ini berkata, masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat demikian. “Negara sedang berhadapan keadaan cuaca panas dan kering yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan itu, kita harap rakyat Malaysia terus berdoa supaya cuaca…

Read More

Sanusi cuba timbul permusuhan

SEPANG : DAP mendakwa 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢 𝐌𝐝 𝐍𝐨𝐫 menimbulkan ketidak tenteraman 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 berikutan kenyataan yang 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡. Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara. “Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Muhammad Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang “penceroboh politik” daripada menceroboh negeri kita,” katanya. Bekas Ketua Menteri Pulau…

Read More

8 parti tubuh jawatankuasa peralihan

BANGKOK: Sebuah jawatankuasa peralihan melibatkan lapan parti politik Thailand yang diterajui Parti Move Forward ditubuhkan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan besar dalam pilihan raya pada 14 Mei lalu. Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri perikatan itu, Pita Limjaroenrat, berkata wakil parti perikatan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa. “Kerja kami berjalan lancar dan kami komited untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin,” katanya. Perikatan tersebut juga mencapai persetujuan untuk membentuk tujuh kumpulan kerja yang bertujuan bagi menangani pelbagai isu termasuk elektrik, diesel dan harga…

Read More

El Nino memuncak pada separuh kedua 2023

SINGAPURA 31 Mei – Fenomena El Nino akan memuncak di Singapura pada separuh kedua 2023 dengan Dwikutup Lautan Hindi (IOD) yang positif juga diramalkan meningkat dalam tempoh ini. Menurut Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) kedua-dua fenomena iklim itu dijangka membawa keadaan lebih panas dan kering ke Singapura dan wilayah sekitarnya dari Jun hingga Oktober 2023 “Ini akan meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan yang menjejaskan Singapura dan rantau ini,” kata MSS sambil menjelaskan sejak awal tahun ini, terdapat tanda-tanda yang menyokong peningkatan El Nino dalam beberapa bulan akan datang. Semasa fenomena El…

Read More