Lokaliti panas tahap satu meningkat

KUALA LUMPUR 12 Mei – Bilangan lokaliti yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga terus meningkat dengan 17 kawasan termasuk 13 di Semenanjung disenarai dalam kategori itu berbanding 15 semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, di Semenanjung, kawasan panas tahap satu adalah Padang Terap, Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Selain itu, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama serta Kinta di Perak;  Kuala Selangor di Selangor serta Jempol di Negeri Sembilan, Muar di Johor dan Pasir Mas…

Read More

Sokonglah Proklamasi Orang Melayu

PUTRAJAYA 12 Mei – Bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad mengajak seluruh parti politik khususnya yang mempunyai keahlian Melayu menyokong serta menandatangani Proklamasi Orang Melayu. Beliau berkata, ini kerana proklamasi berkenaan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. “Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta juga segelintir yang ada dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbulkan oleh proklamasi ini akan turut menandatanganinya. “Apabila orang Melayu dapat bersatu dan bersetuju dengan kesedaran yang ditimbulkan oleh proklamasi, maka ia menjadi tanggungjawab setiap parti…

Read More

Projek tambak laut perlu EIA baharu

TANJONG 12 Mei – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa supaya penilaian kesan alam sekitar (EIA) projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) dilakukan semula bagi mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini berikutan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, sama ada dalam reka bentuk dan penyataan keperluan. Presiden SAM, Meenakshi Raman, berkata mengikut syarat 11 (daripada 71 syarat) oleh Ketua Pengarah JAS, sebarang perubahan kepada konsep pembangunan seperti dinyatakan dalam Laporan EIA hendaklah dikemukakan bagi kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Katanya, SAM berpendapat demikian memandangkan projek…

Read More

1,110 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Mei – Malaysia mencatatkan 1,110 kes baharu Covid-19 dengan membabitkan 1,107 kes penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Menerusi data yang dikongsikan dalam laman sesawang KKMNOW, jumlah yang dinyatakan setakat Sabtu lalu menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 16,842 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 15,801 kes atau 93.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, terdapat 347 kes mendapatkan rawatan di hospital dengan 41 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Kadar penggunaan wad ICU di seluruh…

Read More

Dr Mahathir tidak lagi bersama GTA

JITRA 12 Mei – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Gerakan Tanah Air (GTA) selepas gabungan itu tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau mengambil keputusan itu selepas menyedari GTA tidak mampu dan gagal menarik sokongan pengundi ketika PRU15 lalu. Jelasnya, beliau kini memilih bergerak sebagai mewakili dan berjuang untuk masyarakat melalui Proklamasi Orang Melayu, selepas tak mahu terbabit dengan mana-mana parti politik. “Jawatan Pengerusi GTA itu perkara lama, saya tidak ada (sebarang jawatan) lagi. (Penubuhan) GTA tidak jadi, ia…

Read More

David Cameron kunjungi pameran kraf

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 pada 10 Mei. Seri paduka baginda meluangkan masa beramah mesra dengan Cameron serta pengasas Berjaya Corporation Berhad dan pemilik Kelab Bola Sepak Cardiff City, Vincent Tan yang turut hadir ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London. Menurut hantaran Facebook Istana Negara semalam, Tunku Azizah turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung di pameran yang bertemakan Abstrak Alam Semula Jadi. Pameran seni…

Read More

Cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam antarabangsa, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau mengisytiharkan tamatnya status kecemasan bagi penyakit itu berdasarkan saranan jawatankuasa kecemasan organisasi berkenaan yang bermesyuarat pada Rabu. Tindakan itu memberi isyarat bahawa krisis akibat cacar monyet yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan dan menyebabkan simptom seperti selesema dan lesi kulit yang dipenuhi nanah, telah terkawal. Sebelum ini WHO turut menamatkan status kecemasan kesihatan awam untuk pandemik Covid-19. “Walaupun kecemasan cacar monyet dan Covid-19 kedua-duanya telah…

Read More