KUALA LUMPUR 27 April – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai BN, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Katanya, BN komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan. “Barisan Nasional menyeru agar semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Di samping itu Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi Pilihan Raya enam Negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang,…
Read MoreDay: April 27, 2023
Suami isteri ditahan selepas aksi ‘wheelie’ tular
KOTA BHARU 27 April – Pasangan suami isteri berusia 16 dan 17 tahun ditahan hari ini selepas tular aksi ‘wheelie’ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan itu menyerah diri pada pukul 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Sebelum itu pasangan terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis. “Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya…
Read More93 peratus responden PSI beri ulasan positif
KUALA LUMPUR 27 April – Sebanyak 3,464 ulasan awam direkodkan dengan 93 peratus responden memberikan ulasan positif berhubung Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI). Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata, laporan bertarikh 29 April 2022 dipamerkan untuk ulasan awam bermula 20 Mei hingga 18 Jun 2022 secara hibrid. Ia dipamerkan di empat pejabat utama iaitu Perpustakaan JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan Permatang Damar Laut.…
Read MoreJumlah kemalangan berkurangan
KUALA LUMPUR 27 April – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan sebanyak 1,618 kemalangan membabitkan 1,975 kenderaan pelbagai jenis pada hari ketujuh Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam. Jumlah itu menunjukkan pengurangan jumlah kemalangan berbanding 1,756 kelmarin manakala jumlah kenderaan terlibat juga kurang berbanding 2,011 sebelumnya. Menerusi hantaran di laman di Facebooknya, JSPT memaklumkan kereta mencatat angka tertinggi kemalangan iaitu 1,304 atau 66 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam, Rabu. Ini diikuti motosikal (250), kenderaan pacuan empat roda (179), kenderaan pelbagai guna (127), van (34),…
Read MorePSI lalui semua pertimbangan teknikal
TANJONG 27 April – Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mendapat kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) sudah melalui semua pertimbangan teknikal yang diperlukan daripada pelbagai agensi dan jawatankuasa kerajaan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata proses itu menuntut masa dan usaha yang cukup banyak sebelum kelulusan EIA diterima. Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini hari ini, beliau berkata, kelulusan itu diberikan berdasarkan laporan EIA baharu yang dikemukakan selepas laporan sebelum ini dibatalkan pada 2021. Beliau juga menjelaskan, meskipun kelulusan EIA untuk projek tambak laut bernilai…
Read More30 rakyat Malaysia di Sudan tiba esok
PUTRAJAYA 27 April – Kesemua 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dalam Misi Menyelamat Operasi Sudan (Ops Sudan) akibat pertempuran tentera tempatan di negara berkenaan, akan tiba di tanah air pada pukul 4 petang esok. Mereka akan diterbangkan dari Jeddah, pada pukul 8 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan komersial Saudi Air pada pukul 4 petang waktu tempatan. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepulangan mereka sudah pastinya akan disambut oleh ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara. Zambry pada sidang media khas…
Read MoreTun Ali kunjungi Tun Abdullah
YANG Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam dan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab Rahman membuat Kunjungan Hari Raya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Tun Jeanne Abdullah Danker di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini. (Foto Istana Melaka 4 Syawal)
Read MoreBerita pilihan..
Lebih banyak kematian dijangka di Sudan
GENEVA: Hanya 16 peratus kemudahan kesihatan masih beroperasi di ibu kota Khartoum yang sedang bergolak berikutan pertempuran yang berlaku antara tentera Sudan dengan cabang separa tentera. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, berikutan itu, WHO menjangkakan lebih banyak kematian akan berlaku di Sudan. Ini disebabkan oleh penularan penyakit dan kurangnya akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting. Sekurang-kurangnya 459 orang terbunuh dan 4,000 cedera dalam konflik bersenjata yang tercetus sejak pertengahan April lalu. WHO menganggarkan bahawa 25 peratus daripada nyawa yang terkorban setakat ini, akan dapat diselamatkan…
Read More500 motosikal disita JPJ
IPOH 27 April – Sebanyak 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Advokasi dan Op Motosikal sempena Aidilfitri 2023, kata Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Lokman Jamaan. Dalam tempoh yang sama 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Lokman berkata, notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain membabitkan 291 lokasi Point of Duty (POD) di seluruh negara. Katanya, enam kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu…
Read More