Dua lokasi catat IPU tidak sihat

PUTRAJAYA 20 April – Dua lokasi iaitu Petaling Jaya, Selangor, dan Seremban, Negeri Sembilan mencatat indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 10 pagi.

Sementara Petaling Jaya dan Banting yang merekodkan bacaan pada tahap sederhana semalam, turun kepada IPU tidak sihat bermula 3 dan 4 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), pada pukul 3 pagi ini, bacaan IPU di Petaling Jaya adalah 113 dan turun kepada 108 manakala di Banting, bacaan IPU pada pukul 4 pagi adalah 103 dan turun kepada tahap sederhana iaitu 96, enam jam kemudian.

Selain itu, IPU di Nilai turun pada pukul 5 pagi daripada 112 kepada IPU 98.

Pada pukul 3 pagi inj, bacaan IPU di Petaling Jaya adalah 113 dan turun kepada 108 manakala di Banting, bacaan IPU pada pukul 4 pagi adalah 103 dan turun kepada tahap sederhana iaitu 96, enam jam kemudian.

Selain itu, IPU di Nilai turun pada pukul 5 pagi daripada 112 kepada IPU 98.

IPU di Seremban mula mencatatkan IPU tidak sihat pada pukul 10 semalam, dengan bacaan 110 dan meningkat kepada IPU 151 pada pukul 10 pagi tadi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sementara itu, 64 lokasi lain seperti Johan Setia, Selangor, mencatatkan bacaan sederhana dengan IPU 92 diikuti Putrajaya, Wilayah Putrajaya (89), dan Shah Alam, Selangor (88).

Tujuh lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu Pengerang dan Kota Tinggi, Johor masing-masing dengan bacaan 48 dan 38 manakala di Sandakan dan Kimanis, Sabah dengan bacaan 47 dan 37 diikuti Limbang (44), Miri (39) dan Sibu (47) di Sarawak.

Related posts

Leave a Comment