MASJID TANAH 30 Mac – “Dah penatlah, bagi dia orang pula,”. Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali apabila ditanya mengenai peletakan jawatannya.sebagai Ketua Menteri Melaka. Beliau berkata, keputusan itu ikhlas dan tiada desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak untuk beliau meletakkan jawatan sebaliknya tindakan itu mengikut desakan hati, yang datang dari naluri. Menyifatkan perkara itu selesai, beliau yang menjawab sama ada desakan hati itu menyebabkan ‘hati sakit’, Sulaiman berkata: Jangan sakit hati, sebab sakit hati ini datangnya sakit janting. Jangan macam tu,” Pada masa yang…
Read MoreDay: March 30, 2023
UMNO cadang Rauf KM Melaka Ke-13
KUALA LUMPUR 30 Mac – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan parti itu sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. “Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya.…
Read More18 kematian keracunan ikan buntal sejak 1985
PUTRAJAYA 30 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas mengikut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972. Di samping itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai larangan penjualan makanan mengandungi atau di atasnya bahan beracun, berbahaya atau sebaliknya yang memudaratkan kesihatan. “Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini susulan kes seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK)…
Read More8 Ramadhan..
6 subjek perlu tambahan guru
KUALA LUMPUR 30 Mac – Enam mata pelajaran teras memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. Mata pelajaran itu adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan pengambilan 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023. “Bagaimanapun, kita ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini, kita akan ambil guru dari universiti luar,” katanya menjawab…
Read MoreBerita pilihan…
KM Melaka baharu angkat sumpah esok
AYER KEROH 30 Mac – Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diadakan pukul 3 petang esok berikutan peletakan jawatan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. Setiausaha Kerajaan Negeri, Zaidi Johari dalam kenyataannya berkata, istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini. “Adalah dimaklumkan bahawa, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sudah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. “Sehubungan itu, berdasarkan Perenggan…
Read MoreJakim sedia tambah baik proses sijil halal
PUTRAJAYA 30 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited dan bersedia meneliti kaedah yang terbaik dan bersesuaian bagi memastikan proses pengeluaran sijil halal Malaysia menjadi lebih efisien dan efektif. Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff, berkata ia bagi memastikan dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum serta standard yang ditetapkan. “Jakim menyambut baik hasrat dan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar proses pensijilan halal Malaysia ditambahbaik dan mengurangkan karenah birokrasi bagi memberi kemudahan kepada industri. “Sebagai pihak berkuasa di bawah…
Read More