176,426 usahawan gulung tikar

KUALA LUMPUR 14 Mac : : Seramai 176,426 usahawan gulung tikar selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 sepanjang 2020 hingga tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata kesan jangka panjang Covid-19 dan kenaikan harga barang dilihat menjadi sebab utama usahawan menutup terus operasi perniagaan mereka. Bagaimanapun, beliau berkata kebanyakan usahawan terbabit menyatakan kesediaan untuk memulakan semula perniagaan dengan bantuan utama diperlukan mereka adalah dari segi geran, pembiayaan, latihan dan bimbingan keusahawanan. Kata, melalui empat kaji selidik yang dilaksanakan, kementerian melalui kaji selidik pada April…

Read More

Tiga prinsip wadah perjuangan Anne

KUALA LUMPUR 14 Mac – Selebriti Datin Anne Ngasri, 38, yang memperoleh undi tertinggi pada pemilihan Exco Pergerakan Wanita UMNO bertekad mahu memantapkan wadah perjuangannya melalui parti keramat itu menerusi tiga prinsip utama. Katanya, tiga prinsip itu adalah setia bersama barisan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kedua cekal memulihkan “nyawa” parti keramat dengan perjuangan yang ikhlas, sabar dalam berbakti serta bertindak dengan wajar. Prinsip ketiga adalah mempertahankan kedudukan dan maruah parti demi jasa yang dicurahkan bagi mengangkat anak bangsa dan pengorbanan untuk menegakkan agama. “Semoga perjuangan saya ini dirahmati…

Read More