Tangguh kemasukan pelancong China

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tangguhkan sementara! Itu gesaan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) supaya menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda. Presiden MATA, Dr Mohd Khalid Harun, berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China, baru-baru ini, meningkatkan lagi potensi risiko kemunculan varian baharu, sekali gus menggusarkan rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan. “Kita sedia maklum bahawa hospital di seluruh China dibelenggu lonjakan kes Covid-19 susulan keputusan negara itu untuk menarik balik peraturan ketat mereka. Trauma dihadapi pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih…

Read More

Lelaki bertelekung mengaku salah mencuri

SHAH ALAM 29 Dis. – Seorang lelaki yang bertelekung untuk mencuri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit milik dua jemaah wanita di dua masjid di Seksyen 18, minggu lalu. Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, seorang jurujual membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman bagi menunggu laporan sosial berikutan tertuduh adalah pesalah muda. Mohamad Amirul Shafiq didakwa melakukan curi dalam bangunan dengan mencuri telefon bimbit dua wanita warga emas di dua masjid…

Read More

BERSATU hantar notis kosong 4 kerusi

SEPANG 29 Dis. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlakunya kekosongan ‘luar jangka’ membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah. Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata permohonan sudah dibuat kepada Datuk Johari Abdul supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari. Empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang). Mereka sebelum ini mengumumkan keluar BERSATU tetapi…

Read More

Industri akur SOP sambut warga China

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Penggiat industri pelancongan akur dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dalam menerima kemasukan pelancong China yang dijangka meningkat pada tahun hadapan. Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata, mereka dinasihatkan memantau SOP sebaiknya bagi mengelakkan penularan Covid-19, dan tidak mengharapkan kerajaan dan pihak berkuasa untuk memantau segalanya. “SOP sudah sedia ada terutamanya dari segi scanning (imbas suhu), vaksin… vaksin kena ada. Saya dapat tahu Singapura akan tambah dos vaksin, saya dapat tahu dari wakil kami di Singapura. “Apa yang pasti, SOP semua sudah…

Read More

Tambah baik ISA jika SOSMA dipinda

SEPANG 29 Dis. –  Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mencadangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dikembalikan dengan penambahbaikan sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dipinda. Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, pihak keselamatan iaitu polis memerlukan instrumen yang berkesan, pantas dan tegas demi menjaga keselamatan rakyat dan negara. “Cegah sebelum terlambat dan inilah semangat ISA., sebab itu Singapura masih mengekalkan ISA sehingga sekarang dan tidak mungkin akan dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, SOSMA adalah undang-undang peruntukan bagi langkah-langkah khas dengan tujuan mengekalkan ketenteraman…

Read More

Penyedia makanan wajib pelitup muka

SEPANG 29 Dis. – Semua penyedia dan pengendali makanan dan minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka mulai 1 Januari 2023 sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan. Tindakan kompaun akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan perniagaan. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebooknya semalam mengeluarkan pemakluman berkaitan yang merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga mengeluarkan arahan yang sama kepada peniaga, pengendali, penyedia makanan dan minuman  bermula 1 Januari ini bagi menjamin keselamatan…

Read More

Mohd Sharkar Yang Dipertua DUN Pahang

KUANTAN 29 Dis. –  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lancang, Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menggantikan  Ishak Muhammad. Usul pelantikan Mohd Sharkar dikemukakan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan,  Mohd Soffi Abd Razak. Mohd Sharkar menggantikan Ishak  yang menjawat jawatan itu sejak 2013 manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen dilantik Timbalan Yang Dipertua menggantikan bekas ADUN Jenderak, Muhamed Jaafar. Mohd Sharkar, adalah ADUN Lanchang daripada Barisan Nasional (BN) selama lima penggal bermula…

Read More