Tiba masa “Permatang Pauh Berubah”

MAMPUKAH Permatang Pauh Berubah selepas 40 tahun dikuasai keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim?  Bermula dengan Anwar, diikuti isterinya Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail dan kini anak mereka Nurul Izzah. Jawapannya akan ditentukan oleh 107,253 pengundi berdaftar pada 19 November ini selepas Barisan Nasional (BN) berkempen dengan tagline Permatang Pauh Berubah. Jentera kempen BN yang diketuai calonnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Said tidak kenal penat lelah sejak hari penamaan calon lalu membawa mesej Permatang Pauh perku berubah, bukan setakat menukar wakil rakyat tetapi membawa pembaharuan di situ. Walaupun berdepan…

Read More

PRU Padang Serai tak perlu tangguh

PUTRAJAYA 17 Nov. – Tiada keperluan untuk tarikh baharu atau penangguhan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, selepas seorang calon yang bertanding di kerusi itu meninggal dunia. Ketua Pasukan Petugas Khas Demokrasi dan Undang-undang Barisan Nasional (BN),  Azalina Othman Said, berkata ini kerana Peraturan 11 (6) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya boleh menetapkan tarikh baharu sebelum pengundian dimulakan sama ada melalui pengundian awal atau menjelang hari pengundian. Bagi kes Padang Serai, katanya, pengundian awal sudah pun bermula pada 7 November (undi pos)…

Read More

Tidak restu anak tanding selain Pas

KOTA BHARU 17 Nov. – Isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak menegaskan beliau tidak merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket Pas. Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas. “Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas. “Almarhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas,” katanya menerusi kenyataan malam tadi. Kenyataan…

Read More