Korea Utara pakai semula pelitup muka

SEOUL: Pakar kesihatan Korea Utara menasihatkan orang ramai supaya memakai semula pelitup muka mulai bulan ini sebagai langkah berwaspada terhadap kemungkinan gelombang baharu Covid-19.

Korea Utara sebelum ini menarik balik semua arahan pemakaian pelitup muka, di dalam atau di luar bangunan.

Pemimpinnya, Kim Jong Un pada 11 Ogos mengisytiharkan negaranya bebas virus Covid-19 selepas mengumumkan langkah anti wabak Pyongyang berjaya melindungi rakyatnya.

Bagaimanapun, pada 8 September, beliau menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka mulai November, kerana tahap imuniti boleh merosot seiring penurunan suhu.

Namun, kira-kira dua minggu kemudian, Agensi Berita Pisat Korea (KCNA) melaporkan pakar mengesyorkan orang ramai kembali memakai pelitup muka bermula pada Oktober.

Semalam KCNA), di Seoul, menyiarkan gambar warga emas memakai pelitup muka semasa menghadiri sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa.

Televisyen Korea juga menyiarkan rakaman pelajar universiti memakai pelitup muka sempena ulang tahun ke-76 penubuhan Universiti Kim ll-sung.

Korea Utara melaporkan kes pertama Covid-19 pada 12 Mei selepas mendakwa bebas virus itu selama lebih dua tahun dan serta-merta mengisytiharkan sistem kawalan virus “kecemasan maksimum”.

Related posts

Leave a Comment