RIP : Ikut saja pandangan mufti

KUALA LUMPUR 20 Sept. – “Kita pakai pandangan mufti kita,” Itu kenyataan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Beliau merujuk isu ucapan ‘rest in peace’ (RIP) atau ‘bersemadi dengan aman’ bagi menzahirkan takziah kepada bukan Islam yang meninggal dunia.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berkait ucapan berkenaan.

“Kita pakai pandangan mufti kita,” katanya ringkas kepada media selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama, di sini hari ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa umat Islam tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi bukan Islam dan dilarang mengucapkan ‘Rest in Peace’ atau ‘RIP’.

Menurut kenyataan itu, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi Muslim ucap takziah dan ucapan-ucapan baik kepada bukan Islam, namun doa keamanan dan ketenangan buat bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang, menurut nas.

Bagaimanapun, sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol berpendapat, orang Islam boleh mengucapkan ‘RIP’ bagi menzahirkan takziah kepada bukan Islam yang meninggal dunia atas hujah belas kasihan Allah tidak tertakluk kepada orang Islam sahaja.

Related posts

Leave a Comment