Pas tekad kerjasama parti Melayu

PUTRAJAYA 17 Sept. – Pas mengulangi tekad untuk bekerjasama dengan semua parti Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak berkuasa semula di Putrajaya. Naib Presidennya, Idris Ahmad, menjelaskan kerjasama itu meliputi dengan Bersatu, dan UMNO/Barisan Nasional (BN), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata , iktibar daripada pemerintahan PH yang dilihat sebagai gagal sebelum ini perlu direnung secara mendalam. “Kita harus melihat kembali dan belajar daripada kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan, termasuk tidak mampu menunaikan manifesto kepada rakyat. Pengajaran sepanjang…

Read More

Anwar bidas tindakan kafir mengkafir

KAJANG 17 Sept. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim membidas tindakan kafir-mengkafir antara pemimpin politik dan menyifatkan ia naratif yang merosakkan serta wajar dihentikan. Katanya, parti politik sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan tidak menyerang menggunakan isu kafir berkenaan, yang hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal. “Saya tidak setuju andaian kalau menyinggung kafir oleh pimpinan Pas dan saya tidak setuju cara Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengkafirkan yang lain. Ini bukan tradisi budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan,” katanya. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata…

Read More

Usaha pecah belah agenda perpaduan

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, meminta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada berpolitik dengan membangkitkan isu yang sudah selesai dan tidak lagi berbangkit. Beliau menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu hanya bertujuan mengeruhkan suasana dengan menggunakan alasan sudah lapuk bagi memecah-belahkan usaha agenda penyatuan ummah yang sedang digerakkan parti itu. BH melaporkan, Hashim menjelaskan soal kafir mengkafir sudah selesai dan tidak timbul lagi. “Jadi kenapa Dr Mahathir bangkitkan perkara yang sudah selesai, adakah beliau mempunyai niat suci dan bersih atau…

Read More

Manifestasi kebangkitan negara

PUTRAJAYA 17 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan amat meriah dan menjadi manifestasi kebangkitan negara selepas bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun-tahun sebelumnya. Katanya, sambutan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka malam tadi sungguh bermakna, dan mengimbau kembali detik-detik laungan kemerdekaan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. “Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysiaku,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook, hari ini. Sambutan Hari Malaysia itu menampilkan keunikan tema busana…

Read More

Jel 5 tahun sebar berita palsu

TUNIS: Sebar berita palsu boleh dipenjara lima tahun di Tunisia. Malahan tempoh hukuman itu akan ditingkatkan kepada 10 tahun, jika penyebaran berita palsu itu dianggap menyasarkan pegawai atasan. Presiden Tunisia, Kais Saied semalam mengeluarkan dekri memperuntukkan hukuman berkenaan. Dekri diterbitkan dalam Jurnal Rasmi itu, mentakrifkan kesalahan terbabit sebagai perbincangan menerusi rangkaian komunikasi dan sistem maklumat untuk menghasilkan, mempromosi, menerbitkan atau menghantar maklumat palsu atau khabar angin. Ia berlaku selepas 14 bulan Saied mengatur rampasan kuasa dan kononnya ingin mempertanggungjawabkan pihak yang ‘membawa kemudaratan kepada hak orang lain, ketenteraman awam dan…

Read More