Kes harian Covid-19 meningkat semula

PUTRAJAYA 17 Ogos – Angka jangkitan kes baharu Covid-19 semalam meningkat semula apabila 3,429 termasuk enam kes import direkodkan berbanding 2,437 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,741,413 sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Selasa meningkat kepada sembilan berbanding lapan yang dicatatkan pada hari sebelumnya di mana satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah keseluruhan kematian kini adalah 36,102 manakala kes sembuh pula sebanyak 4,882.

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 40,741 dan 95.9 peratus atau 39,062 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,563 kes dirawat di hospital dengan 84 kini ditempatkan di wad ICU di mana 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Selangor kembali mencatatkan empat angka kes harian iaitu 1,082 berbanding 491 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 676 berbanding 560 kelmarin, Sabah 273 (252), Negeri Sembilan 221 (162), Perak 212 (172), Sarawak 159 (73), Melaka 151 (106), , Johor 129 (135), Kedah 123 (91) dan Kelantan 113 (119).

Negeri yan merekodkan di bawah 100 kes adalah Pulau Pinang 94 (89),Pahang 70 (52), Terengganu 55 (49), Wilayah Persekutuan Putrajaya 54 (73), Wilayah Persekutuan Labuan 12 (5) dan Perlis 5 (8).

Related posts

Leave a Comment