Iran, Texas lapor cacar monyet pertama

SEORANG wanita berusia 34 tahun yang tinggal di Ahvaz, barat daya Iran menjadi kes pertama jangkitan cacar monyet di negara itu.

Wanita itu yang tinggal bersama keluarganya dikesan menghidap cacar monyet selepas mengalami simptom di kulit tangannya.

Sementara itu, Texas juga merekodkan kes pertama cacar monyet yang melibatkan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun.

Kanak-kanak itu mengalami ruam, bagaimanapun kesihatannya stabil.

Kes cacar monyet kini dilaporkan di hampir 90 negara melibatkan 31,000 kes.

Cacar monyet boleh merebak dengan sentuhan fizikal rapat dengan luka orang yang dijangkiti, pakaian atau cadar mereka.

Hubungan seksual juga boleh memudahkan lagi transmisi jangkitan.

Bagaimanapun kebanyakan yang dijangkiti pulih daripada cacar monyet tanpa memerlukan rawatan, tetapi terdapat kes yang dilaporkan mengakibatkan komplikasi termasuk keradangan otak dan kematian.

Related posts

Leave a Comment