Kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 25 Jun – Kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 2,512 kes semalam berbanding 2,769 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,552,359. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 194 adalah kes import dengan 1,580 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,488,367 orang pesakit pulih. Tiga kematian dilaporkan termasuk dua kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,745 orang meninggal dunia setakat semalam. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak 28,247 kes aktif dilaporkan di mana 34 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),…

Read More