Mesyuarat tergempar cacar monyet

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis bagi menentukan sama ada cacar monyet patut diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global.

Ini susulan kebimbangan penularan cacar monyet yang kurang diketahui berbanding di benua Afrika.

Pakar epidemiologi di London School of Hygiene & Tropical Medicine, Prof Jimmy Whitworth berpendapat, WHO perlu meningkatkan justifikasi cacar monyet kerana kebimbangan berkenaan penularannya.

Pengisytiharan tertentu membuka mekanisme untuk memastikan negara memberi sokongan yang diperlukan untuk mengawal epidemik.

Label kecemasan kesihatan awam untuk cacar monyet akan membolehkan lebih banyak dana diperuntukkan dalam usaha mengawalnya.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom sebelum ini menawarkan vaksin kepada mereka yang berpotensi terdedah kepada cacar monyet.

WHO bagaimanapun tidak menyarankan pemberian vaksinasi secara besar-besaran.

Sehingga kini 793 kes dilaporkan di UK dan kini dikesan menular di 42 negara.

Penularan cacar monyet di Eropah dan negara lain menunjukkan kali pertama ia merebak dalam kalangan individu yang tiada sejarah perjalanan ke Afrika

Related posts

Leave a Comment