Krisis makanan global berterusan 2023

ROM: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan krisis makanan global yang dicetuskan konflik Rusia-Ukraine dijangka berterusan sehingga tahun depan.

Menurut pertubuhan itu, situasi ini tidak mustahil berlaku jika dua negara pengeksport utama itu mengurangkan bekalan benih dan baja.

Agensi PBB itu dalam laporan terbaharu mendedahkan harga makanan dunia susut pada Mei selepas mencatat lonjakan pada Mac.

Indeks harga makanan FAO yang mengukur dagangan komoditi makanan global berada pada kadar 57.4 peratus bulan lalu.

FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

Ketua Ekonomi FAO Maximo Torero berkata dunia berisiko berdepan pengurangan tuaian hasil susulan konflik dua negara itu.

“Dalam tempoh sebulan dua ini, kita tidak akan dapat baja yang diperlukan negara pengimport utama dan ini bermakna kita berdepan cabaran besar untuk musim tuaian seterusnya, “ katanya.

Sekiranya tiada akses kepada baja, hasil tuaian pada 2023 akan berkurangan.

Related posts

Leave a Comment