1,171,888 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 31 Mei – Seramai 7,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini tampil mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,023 orang mendapatkan dos kedua menjadikan 1,171,888 atau 33.0 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia itu melengkapkan vaksinasi mereka.

Pada masa yang sama, sebanyak 4,805 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan 1,720,411 orang atau 48.4 peratus daripada kumpulan kanak-kanak itu mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data menerusi laman sesawang COVIDNOW, juga menunjukkan sebanyak 2,913,596 atau 96.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun, melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 273 orang semalam.

Sebanyak 336 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan 3,010,184 atau 96.7 peratus remaja mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,096,363 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak termasuk 1,990 individu semalam.

Di samping itu, 22,974,497 atau 97.6 peratus orang dewasa telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,803 dos harian diberikan semalam meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,923,930.

Related posts

Leave a Comment