Kadar kebolehjangkitan 0.54

PUTRAJAYA 8 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik semula kepada 0.54 berbanding 0.52 kelmarin.

Dua negeri, Terengganu dan Selangor merekodkan kadar lebih rendah sementara yang lain mengatasi kadar kebangsaan.

Pulau Pinang merekodkan 0.79 diikuti Melaka 0.78, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.77, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.72.

Kedah mencatatkan 0.69, Pahang dan Johor masing-masing 0.66, Sarawak 0.64, Sabah 0.63, Negeri Sembilan 0.60,  Perak 0.59, Terengganu 0.53 dan Selangor 0.51.

Sementara itu, Kelantan merekodkan 11 kes, Perlis tiga kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dua kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment