Lima kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA 22 April – Kementerian Kesihatan melaporkan lima kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,470 orang, daripada 4.39 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 88,184 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 86,284 individu atau 97.28 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 159 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,649 kes dirawat di hospital dan 92 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 31 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment