Kadar kebolehjangkitan 0.82

PUTRAJAYA 11 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, turun kepada 0.82 berbanding 0.83 kelmarin.

Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.91 berbanding 0.93 kelmarin disusuli Negeri Sembilan 0.83 dan Terengganu menyamai kadar kebangsaan 0.82.

Ini diikuti Johor 0.80, Melaka dan Perak masing-masing 0.79, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.78, Wilayah Persekutuan Labuan 0.76, Sarawak dan Pahang masing-masing 0.75,  Sabah 0.72, Perlis 0.71 dan Kedah 0.70.

Pulau Pinang pula mencatatkan 0.69, Kelantan 0.66 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 11 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment