Dos penggalak beri perlindungan

WASHINGTON 4 Dis. – Suntikan dos penggalak memberi perlindungan terhadap beberapa varian Covid-19, walaupun ia masih belum terbukti, kata pakar  penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci.

Katanya, kajian Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat (AS) mendapati, data menunjukkan dos penggalak vaksin Covid-19 meningkatkan dengan ketara tahap antibodi terhadap varian-varian baharu virus itu.

Hasil kajian makmal mendapati, dos penggalak meningkatkan sel memori B dan T yang merupakan sel pertahanan yang dihasilkan oleh sistem imun untuk melindungi dari virus.

“Apabila anda melihat kepada dos penggalak, anda akan dapat melihat ia meneutralkan antibodi terhadap semua varian.

“Dan ia juga meningkatkan sel memori B dan sel T, yang dengan jelas menunjukkan perlindungan terhadap beberapa jenis varian, walaupun ia masih belum dibuktikan lagi,”; katanya pada sidang media di White House.

Beliau berkata, terdapat banyak sebab untuk percaya sekiranya anda menerima suntikan vaksin dan penggalak, anda akan sekurang-kurangnya dilindungi dan tidak berdepan risiko gejala berat walaupun terhadap varian Omicron.

Pada masa sama, Pengarah Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Cdc) AS Dr Rochelle Walensky menjelaskan pihaknya bersedia untuk memerangi varian Omicron.

Ia disusuli gesaan supaya setiap individu di negara itu yang layak menerima suntikan penggalak untuk segera mendapatkannya.

Related posts

Leave a Comment