Bekas menteri kini ahli biasa Pas

MARANG 11 Feb. – Selepas digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sekali lagi hilang kedudukan dalam parti apabila dugugurkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, pengguguran jawatan Mohd Khairuddin itu berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

“Oleh kerana pelantikan beliau (Mohd Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan perlantikan itu.

Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura.

“Beliau sekarang hanya ahli biasa dan pemecatan dibuat kerana masalah disiplin dan kita akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan itu,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Related posts

Leave a Comment