17 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,879 orang, daripada 2.68 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada 17 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 58,852 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 48,337 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,606 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,502 kes di hospital, 407 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 191 memerlukan bantuan pernafasan dan 216 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment