Dua lagi vaksin Covid-19 J&J

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan penggunaan dua lagi kumpulan vaksin Covid-19 dos tunggal Johnson & Johnson.

Vaksin yang dikeluarkan di kilang Emergent Biosolutions di Baltimore itu  sebelum ini dilaporkan menyebabkan pencemaran.

Kini, FDA telah membenarkan 11 kumpulan vaksin yang dikeluarkan di kemudahan itu.

April lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat menghentikan pengeluaran selepas bahan-bahan daripada vaksin Covid-19 AstraZeneca yang juga dihasilkan di kilang itu, telah mencemarkan sekumpulan vaksin J&J.

Kebenaran kali ini adalah berdasarkan semakan menyeluruh rekod kemudahan dan ujian kualiti oleh pengilang.

Ia selepas mempertimbangkan situasi kecemasan kesihatan awam semasa.

Dianggarkan 30 hingga 50 juta dos vaksin Covid-19 J&J yang dibuat awal tahun ini terbiar di kilang itu selama berminggu-minggu sementara menunggu lampu hijau daripada kawal selia AS untuk diedarkan.

Related posts

Leave a Comment