Hari keempat R-naught kekal 0.88

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia semalam adalah 0.88, kekal untuk empat hari berturut-turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya dan Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu 1.03.

Ini diikuti Kuala Lumpur 1.01, Selangor 0.95, Melaka 0.94, Perlis 0.91, Sabah 0.91, Kelantan 0.91 manakala Johor dan Terengganu menyamai kadar 0.88.

Lima negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.84, Perak 0.84, Pulau Pinang 0.83, Pahang 0.81 dan Sarawak 0.80.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment