Thailand catat 13,256 kes baharu

BANGKOK 23 Sept. – Thailand merekodkan 13,256 kes baharu Covid-19 dan 131 kematian dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,524,613 kes serta 15,884 kematian.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 11,252 kes yang direkodkan semalam dengan 141 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 12,778 adalah kes dalam kalangan orang awam termasuk 15 kes import manakala 478 kes melibatkan banduan di penjara.

Semalam, sebanyak 13,829 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu kes kematian turut melibatkan bayi dua bulan dan 104 tahun termasuk seorang warga Myanmar.

Bangkok merekodkan kematian tertinggi dengan 21 orang serta 2,456 kes.

Pada Rabu,, 128,367 orang  menerima rawatan termasuk 3,422 kes serius dan 747 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment