324 kematian termasuk ‘backlog’

PUTRAJAYA 19 Sept. – Sejumlah 324 kematian akibat Covid-19 termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini direkodkan setakat 11.59 malam pada 18 September.

Berdasarkan data laman web COVIDNOW, kematian sebenar purata tujuh hari adalah 109 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah 23,067.

Manakala 70 kematian lagi dilaporkan melibatkan brought-in-dead (BID).

Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 219,359.

Daripada jumlah itu, seramai 11,339 pesakit ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 68.6 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital di seluruh negara.

Sementara itu jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 182,857 atau 83.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment