Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 18 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan menunjukkan penurunan kepada 0.95 semalam berbanding 0.98 dan 0.97 pada hari-hari sebelumnya.

Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang mengekalkan kadar 1.11.

Ini diikuti Terengganu 1.05, Perak 1.04, Pahang 1.04, Johor 1.01, Pulau Pinang 1.00 Perlis 0.98, dan Kelantan 0.97.

Sementara itu, tujuh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan.

Sabah merekodkan 0.92, Melaka 0.91, Kedah 0.90, Putrajaya 0.87, Negeri Sembilan 0.87, Selangor 0.85 dan Kuala Lumpur 0.81.

Labuan, yang telah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 10 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment