Lima kematian sebenar

PUTRAJAYA 16 Sept. – Setakat 11.59 malam 15 September, sebanyak 422 kematian akibat Covid-19 direkodkan di mana data melalui laman sesawang COVIDNOW, menunjukkan daripada jumlah itu lima adalah kematian sebenar.

Sementara 107 kes lagi adalah kematian sebenar yang direkodkan dalam purata tujuh hari.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini manakala 92 kematian lagi dilaporkan melibatkan ‘brought-in-dead’ (BID).

Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 225,590.

Daripada jumlah itu, seramai 12,254 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital. Jumlah itu bersamaan 72.9 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital.

Laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi angka jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 186,590 atau 82.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment