Dos ketiga, AS tunggu keputusan FDA

RAKYAT Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan memerlukan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 bagi melengkapkan vaksinasi mereka, kata pakar penyakit berjangkit AS Dr Anthony Fauci yang juga Ketua Penasihat Pandemik.

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS itu bagaimanapun berkata, keputusan muktamad akan diumumkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC).

Dalam satu taklimat di White House semalam, Khamis, Fauci berkata berdasarkan pengalamannya, beliau percaya dos ketiga vaksin Covid-19 atau suntikan penggalak amat diperlukan bagi memberi perlindungan dalam jangka masa panjang.

Suntikan penggalak vaksin Pfizer diluluskan bagi individu berusia 60 tahun dan ke atas dan 1.1 juta daripada mereka yang layak telah menerima dos tersebut antara 4 Julai dan 22 Ogos.

“Dan, susulan itu, impak positif mula dilihat 12 hari atau lebih selepas suntikan ketiga, terdapat sehingga 10 peratus atau lebih pengurangan risiko jangkitan dan komplikasi teruk.

Malah beliau berpendapat, dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi akan memberi implikasi besar kepada sekolah, sektor ekonomi dan entiti lain yang memerlukan mandat vaksinasi.

AS sebelum ini memang merancang memberikan suntikan penggalak, atau booster, untuk vaksin Covid-19 kepada rakyatnya yang mengalami penurunan antibodi.

Related posts

Leave a Comment