Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun lagi semalam kepada 0.97 selepas merekodkan 0.99 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang mencatatkan 1.20.

Ini diikuti Perlis 1.15, Johor 1.09, Terengganu 1.07, Sabah 1.06, Pulau Pinang 1.05, Kelatan 1.03, Kedah 1.03, Perak 1.01 dan Pahang 1.00.

Lima negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Putrajaya 0.95, Selangor 0.90, Melaka 0.88, Kuala Lumpur 0.81. dan Negeri Sembilan 0.81.

Labuan pula mencatat sembilan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment