Mesyuarat pra-Kabinet

KUALA LUMPUR 1 Sept.  – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet pagi ini.

Sesi menerusi sidang video di Istana Negara itu berlangsung selama 30 minit bermula pukul 8.30 pagi.

Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi Ismail Sabri sejak beliau mengangkat sumpan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos lalu.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Ismail Sabri tidak dapat menghadap berikutan menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Beliau juga tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara, Isnin lalu.

Related posts

Leave a Comment